DI TEMERLOH, PAHANG
Tahun 2001, aku imbas kembali pengalaman mengarah drama bersiri bertajuk “PUSPA INDAH TAMAN HATI BONDA”. Pada bulan Februari pengambaran dijalankan disebuah kampung 15km dari bandar Temerloh ke Pekan Triang selari Sungai Pahang.
Orang orang kampung memberi kerjasama sepenuhnya termasuk juga pihak bomba dari Triang dan pihak polis dari IPD Temerloh. Oleh kerana pada awal dalam kesemua 3 episod dari 15 episod ada babak babak hujan, kami memerlukan bantuan pihak bomba menjayakan hujan tiruan yang disedut dari Sungai Pahang. Pada pihak polis pula aku memerlukan nasihat teknikal sebenar cara polis apabila berada dilokasi kes pembunuhan. Selepas tu baru aku pulak memberi taklimat kepada anggota polis bagaimana pergerakan kamera kamera aku dari sudut sudut yang dirancang supaya dapat memberi impak yang menarik kepada penunton.
Lakonan yang begitu penuh dengan penghayatan dapat membuat dua anggota polis wanita berlinangan air mata semasa penggambaran. Apabila ditanya kenapa bersedih sangat, lantas anggota polis tersebut berkata ianya saolah olah benar benar berlaku. Begitulah hebatnya pelakon Rosie Othman dan dibantu, Ijoi, Kapt. Mohd Nor Bon, pelakon remaja Nurshuhaiba dan Adam Hamid.
Drama, filem atau dokumentari semuanya bermula dari skrip, maka drama 15 episod ini di tulis oleh Saharudin Sulaiman atau dikenali dengan panggilan PakNdak.
Gambar gambar kenangan semasa penggambaran:-
|
hujan tiruan yang disedut dari Sg. Pahang oleh pihak Bomba |
|
Ijoi mengenang nasibnya dalam satu babak |
|
arahan terakhir kepada Rosie Othman dan Norshuhaiba sebelum mula lakonan |
|
tangisan dua beranak sebelum polis membawa Rosie Othman ke balai |
|
tunjuk ajar dari pihak pegawai polis cara cara yang betul - terima kasih tuan! |
|
|
Adam Hamid selaku pembantu aku, dia juga membawa beberapa watak |
|
kenang kenangan di pekan rabu sebelum penggambaran |
|
penulis skrip Pak Ndak tak sangka ceritanya mengguna Crane dalam pembikinan |
|
selain mengguna crane, kamera kedua juga diperlukan untuk mendapatkan shot shot yang menarik |
|
kerjasama dari Adam Hamid sangat aku kagumi, dia juga membantu mengangkat counterweight crane |
|
terima kasih ahli bomba dari Balai Bomba Triang yang memberi kerjasama dengan penuh dedikasi |
|
satu posing dengan Rosie Othman oleh penulis skrip Pak Ndak di Pekan Rabu |
, |
satu taklimat kepada pegawai pegawai polis supaya berada di posisi yang di arah sebelum penggambaran, oleh kerana aku menggunakan 2 kamera, ianya sangat kritikal supaya tak membazir masa |