Saturday, December 25, 2010

DARI KAJANG KE BERISU

Hampir 3 tahun aku dan famili pindah ke kampung. Tidaklah begitu jauh dari Kajang, ikut lebuh raya keluar di tol Simpang Empat dalam 100 km, 8 km ke arah Lubok China adalah kampung kami, kampung Berisu. Terletak di tengah tengah, kalau nak ke Lubok China dalam 12 km, 15 km ke Alor Gajah dan 18 km ke Tampin.
Udaranya sangat berbeza, pada pagi hari aku dapat menyedut udara yang sangat segar, ianya adalah satu rutin buat aku membuka tingkap apabila bangun pagi sebelum ke bilik air. Sambil menyedut udara yang bersih mataku memandang ke pokok pokok yang besar disebelah rumah ku yang banyak mengeluarkan oxygen pada malam hari, syukur alhamdulillah aku masih bernyawa dan dapat bernapas  menyedut udara yang percuma di beri oleh Allah kepada hambanya. Amiiiin.

Kehijauan yang sangat segar
Kampung Berisu terletak di dalam daerah Alor Gajah (Majlis Daerah Alor Gajah). Rumah kecil kami di dirikan di lereng bukit di atas tanah yang di wariskan kepada isteri saya oleh arwah Ibu mertua dan arwah sebelum dia. Kedudukan rumah kami sangat strategik, terletak di atas bukit bersebelahan pekan Berisu.

Pemandangan rumah kami dari atas bukit, di bawah adalah pekan Berisu 
Jalan utama di pekan Berisu pada tahun 1980
Pada awal tahun 1919 pekan Berisu terdiri daripada empat puluh rumah kedai dalam empat baris. Kebanyakannya merupakan rumah kayu satu tingkat tetapi ada yang mempunyai loteng. Sama ada satu tingkat atau dua tingkat, lazimnya rumah tersebut mempunyai kaki lima di hadapan. Kerusi panjang disediakan supaya mereka yang datang ke kampung tersebut dapat duduk dan berehat. Sumber dari buku "Zaman-Zaman Yang Berubah" oleh Datuk Mohd Yusoff  Hj.Ahmad.

Pemandangan dari halaman rumah kami
Pekan Berisu sekarang tahun 2010 hanya tinggal 11 rumah kedai, masih kekal kayu yang digunakan dulu, bumbungnya dulu atap sekarang ditukar dengan zink.

Pemandangan sebelah kiri dari halaman rumah kami
Pemandangan di sebelah kanan dari halaman rumah kami
Pemandangan ini yang membuat saya dan keluarga berasa sentiasa tenang dan menghiburkan, walaupun ada seketika kedaan keawangan merungsingkan tapi kami tetap tenang dengan kedaan sekitar.

Pukul 7 pagi kedaan cuaca berkabus tebal pandangan dari halaman rumah
Pukul 6.50 pagi kedaan cuaca berkabus tebal, pandangan dari atas bukit di belakang rumah
Semua gambar di rakam mengguna telefon bimbit dengan 1.3 mp



Friday, December 3, 2010

Dari Malaysia ke Nat Geo

 Penggambaran dokumentari tentang binatang binatang liar, perlulah ada budget untuk beli atau sewa alat alat yang canggih. Perlu diingat, penonton ingin melihat binatang liar dari jarak yang paling dekat (close up view). Kita ada penerbit penerbit dan penulis penulis skrip yang berminat dengan dokumentari binatang liar diMalaysia, malangnya mereka tidak ada budget yang mencukupi atau mendapat bayaran yang cukup. Bayaran yang diterima mungkin cukup untuk shooting 10 atau 11 hari, kalau shooting drama dapatlah kita buat jadual penggambaran, sebab kita berkerjasama dengan pelakon pelakon manusia, tapi dengan binatang liar kita kenalah ikut jadual dia, cuaca, dan ambil kira juga peralatan seperti powerful zoom lens, infra red camera, micro audio video camera with transmitter, high speed camera dan banyak lagi.

Kalau tak ada tak payahlah buat dokumentari pasal binatang liar ke Nat Geo. Kita buat aje dokumentari lain, banyak bahan dalam Malaysia untuk dijadikan dokumentari, saya ada lihat di channel 553 dan 555 hasil kreativi pengarah pengarah tempatan setanding dengan luar negara dan ada yang lagi bagus, syabas!

Thursday, November 25, 2010

Al-Fatihah...Arwah Yalal Chin

AL-FATIHA
Perginya insan seni Yalal Chin pada 15hb October 2010 satu kehilangan dikalangan pengiat seni tanah air. Secara pribadi saya merasa sangat kehilangan dia, ia mengenangkan kembali semasa Yalal Chin berlakon beberapa drama dibawah arahan saya. Drama bertajuk "MEOR" sangat mengimbas kembali semasa kami bekerjasama menjayakan drama ini pada tahun 1996 di sekitar Kuala Kangsar untuk siaran di TV3.
"MEOR" adalah satu telemovie terbitan Shazal Communication yang dapat sambutan hangat dengan lakonan mantap didukung oleh Yalal Chin dan dibantu oleh pelakon kanak kanak Alif Zaffan berumur 6 tahun membawa watak Meor dan juga Abu Bakar Omar.
Semoga Allah cucuri rahmat keatas roh Yalal Chin……Amin.




Untuk tatapan semasa penggambaran di sekitar Kuala Kangsar, Perak.
                                                                   
           

Yalal Chin memegang watak Yeop mendukung watak utama dan dibantu oleh pelakon kanak kanak Alif Zaffan sebagai Meor dalam drama "MEOR"



Kenang kenangan bersama arwah Yalal Chin, Abu Bakar Omar, pembantu saya dan tenaga produksi.





Watak Meor adik Alif Zaffan dalam satu babak sedang memberi makan burong kesayangannya bernama manja


Lokasi utama di Kuala Kangsar, rumah Yeop dengan famili.



Make-up kesan khas kedaan kulit terbakar dilakukan oleh pakar make-up artist kepada muka Yalal Chin.



Thursday, October 21, 2010

ARTIS AYAM JANTAN

Semasa di lokasi bersama 'Jaguh'.


Apabila kita membuat penggambaran dengan binatang berhati hati dengan tingkah lakunya, yang penting moodnya. Pengalaman saya pada drama komidi 3 episod "Rendang Ayam Pencen" khas untuk Hari Raya baru-baru ini. Dalam satu babak drama itu memerlukan saekor ayam jantan yang masuk ke dalam dapur. Semasa tuan rumah cuba menghalau ayam tersebut, ia akan menjatuhkan beberapa pinggan mangkok, cawan dan gelas termasuklah sabelanga rendang ayam, berlaku pada Hari Raya pertama.

Propmaster saya berjaya membeli saekor ayam jaguh kampung yang agak liar atau aktif, ia pasti berkesan didalam babak ayam jantan mengamuk dalam dapur. Empat hari sebelum penggambaran babak tersebut, propmaster telah mengurung ayam jantan dalam sangkar.

Sampai pada hari yang ditunggu-tunggu untuk pengambaran ayam jaguh mengamuk dalam dapur, pelakon Rosnah Mat Aris, jurukamera, kru teknikal dan saya tak sabar untuk "ROLL CAMERA....AND ACTION!".

Apabila perkataan paling popular dalam penggambaran 'ACTION' dilaungkan,Rosnah Mat Aris mulakan lakonan menghalau ayam jaguh keluar dari dapurnya. "Syiuuuh...syiuuuh..." sambil menghayun keduabelah tangan, nampak dimuka Rosnah gementar takut takut kalau jaguh melanting kemuka.

Apa yang diharapkan dalam babak tersebut semua tidak menjadi seperti dirancang mengikut cerita dalam skrip. Kami semua ketawa gelihati dan bercampur marah pun ada apabila ayam jaguh tidak berlakon, tiada tindak balas dari lakonan Rosnah.

Jaguh hanya berdiri tegak sambil memandang Rosnah dan memandang kru-kru yng berada dibelakang kamera, langsung tak bergerak. Dimana silapnya dalam fikiran saya, sambil merenung diskrin monitor.

Terfikir juga didalam hati saya untuk menangguh penggambaran babak penting ini kehari yang lain, supaya memberi peluang propmaster membuat casting pelakon ayam jantan yang lain. Tapi apakan daya saya kena siap penggambaran drama ini dalam hari yang ditetapkan. Disinilah 'kreativiti' diketepikan, janji 'siap' diutamakan.

Wednesday, September 22, 2010

Dokumentari 'Poskad Fadzli'

Suka duka pengambaran dokumentari 'Poskad Fadzli' selama satu minggu semasa bulan puasa di Slim River, Tapah, Teluk Intan dan Hutan Melintang.