Semasa di lokasi bersama 'Jaguh'.
Apabila kita membuat penggambaran dengan binatang berhati hati dengan tingkah lakunya, yang penting moodnya. Pengalaman saya pada drama komidi 3 episod "Rendang Ayam Pencen" khas untuk Hari Raya baru-baru ini. Dalam satu babak drama itu memerlukan saekor ayam jantan yang masuk ke dalam dapur. Semasa tuan rumah cuba menghalau ayam tersebut, ia akan menjatuhkan beberapa pinggan mangkok, cawan dan gelas termasuklah sabelanga rendang ayam, berlaku pada Hari Raya pertama.
Propmaster saya berjaya membeli saekor ayam jaguh kampung yang agak liar atau aktif, ia pasti berkesan didalam babak ayam jantan mengamuk dalam dapur. Empat hari sebelum penggambaran babak tersebut, propmaster telah mengurung ayam jantan dalam sangkar.
Sampai pada hari yang ditunggu-tunggu untuk pengambaran ayam jaguh mengamuk dalam dapur, pelakon Rosnah Mat Aris, jurukamera, kru teknikal dan saya tak sabar untuk "ROLL CAMERA....AND ACTION!".
Apabila perkataan paling popular dalam penggambaran 'ACTION' dilaungkan,Rosnah Mat Aris mulakan lakonan menghalau ayam jaguh keluar dari dapurnya. "Syiuuuh...syiuuuh..." sambil menghayun keduabelah tangan, nampak dimuka Rosnah gementar takut takut kalau jaguh melanting kemuka.
Apa yang diharapkan dalam babak tersebut semua tidak menjadi seperti dirancang mengikut cerita dalam skrip. Kami semua ketawa gelihati dan bercampur marah pun ada apabila ayam jaguh tidak berlakon, tiada tindak balas dari lakonan Rosnah.
Jaguh hanya berdiri tegak sambil memandang Rosnah dan memandang kru-kru yng berada dibelakang kamera, langsung tak bergerak. Dimana silapnya dalam fikiran saya, sambil merenung diskrin monitor.
Terfikir juga didalam hati saya untuk menangguh penggambaran babak penting ini kehari yang lain, supaya memberi peluang propmaster membuat casting pelakon ayam jantan yang lain. Tapi apakan daya saya kena siap penggambaran drama ini dalam hari yang ditetapkan. Disinilah 'kreativiti' diketepikan, janji 'siap' diutamakan.
2 comments:
Wow menarik ni. Berikan idea utk buat bisness animal training. Latih binatang utk jadi film star dan sewa kan pada syarikat filem. Cuma marketnya belum luas lagi di Malaysia agaknya sbb kurangnya filem tempatan yg menggunakan binatang sebagai watak penting. Mungkin akan datang?
Do I love you because you're beautiful,
Or are you beautiful because I love you?
Post a Comment