Apabila umur dah mencecah ke taraf warga emas, tawaran mengarah dari produser sangat kurang berbanding semasa awal tahun 90an. Aku berfikir sejenak adakah faktur umur ku, atau cara aku mengarah lambat sangat. Dulu semasa zaman ku, sebuah drama telemovie diangarkan boleh siap selama 14 hari campur 2 hari (contingency). Ia sangat selesa dari segi kreativiti pengarahan dan teknikal.
Sekarang sebuah telemovie boleh siap dalam jangkamasa 6 campur 2 hari, aku sangat kagum dengan pembikin drama dapat siapkan sebegitu cepat, mungkin aku perlu menuntut ilmu dengan mereka.
Kawan kawan seperjuangan ku ada memberi nasihat supaya aku menumpu lebih kepada buat dokumentari daripada drama, betul juga kata kata kawan ku, aku pun dulu selepas berhenti dari bidang pengiklanan aku bekerja secara bebas atau freelance buat dokumentari dan video korporat.
Dengan berlatarkan pengalaman teknikal sebagai jurufoto pengiklanan dan sebagai jurukamera video semasa rebolusi video pada tahun 1972 selama 15 tahun dan seterusnya pada awal 1990 aku diberi kepercayaan beberapa produser mengarah drama telemovie dan juga drama episod.
Pada awal bulan Jun 2011 kawan baik aku seorang pensyarah dari Universiti Utara Malaysia menjemput aku jadi penceramah dalam bengkel anjuran Uniutama Management Holdings Sdn. Bhd yang dipunyai sepenuhnya oleh University Utara Malaysia. Bengkel selama 4 hari pada 13hb Jun hingga 16hb Jun, bertajuk Video Produksi (Pre Produksi, Produksi dan Pos Produksi).
Selepas bengkel tersebut aku terfikir kenapa tidak aku gunakan pengalaman yang aku ada selama lebih 35 tahun mengajar kepada orang orang yang memerlukan ilmu fotografi, videografi dan pengarahan.
Gambar gambar kenangan dibengkel "Video Produksi" selama empat hari. Peserta diberi taklimat secara teori dan praktikal dalam pre-produksi, produksi dan pos-produksi.
No comments:
Post a Comment