Satu pengelaman yang amat unik pernah aku alami apabila membantu kawan ku dalam pembikinan penggambaran dokumentari di Kota Tinggi, Johor. Lokasinya di Kampung Lukut, sebuah kampung yang kesemua penduduknya bertutur dalam dialek Negeri Sembilan.
120 tahun dahulu beberapa keluarga dari Negeri Sembilan telah berpindah ke Johor dan membuka sebuah kampung dan menamakanya Kampung Lukut. Kebanyakan penduduk adalah penanam padi mengguna kerbau untuk membajak sawah meraka.
Kisah kerbau liar bermula 40 tahun dahulu apabila sawah padi mula tidak dikerjakan lagi diganti dengan ladang kelapa sawit dan getah. Kerbau yang jinak boleh di beri makan dengan tangan dan anak anak pula boleh menunggangnya, ianya bertukar menjadi liar apabila ada orang yang mula menternak lembu, kerbau kerbau yang tak suka dengan kehadiran lembu mula lari kehutan hingga kehari ini, maka kerbau kerbau ini jadi sangat liar.
Uniknya dokumntari ini adalah cara cara menangkap kerbau liar ini, di negara negara barat mereka menembak kerbau liar dari jarak agak jauh, tetapi di Kampung Lukut penduduk mengguna cara tajo dan kandang.
Kawan ku ini yang juga anak jati Kampung Lukut berkerja keras bersama sama aku dan orang orang kampung buat penggambaran selama 2 minggu, kami berhadapan dengan risiko yang amat tinggi memburu kerbau kerbau liar, terutama watak utama En. Hisham lebih terkenal dengan panggilan Dodot dari kalangan pemburu pemburu kerbau liar, dan penunggang motor kapcai En. Iwan termasuk juga jurukamera yang beberapa kali jatuh dari motor. Dodot memboncing dibelakang En. Iwan sambil menajor kerbau. Kepakaran masing masing sangat penting dan sangat kritikal semasa menajor kerbau liar, Iwan dengan kepakaran “stunt” menunggang motor dapat mengejar kerbau, Dodot pula dengan kepakaraan menajor jarak dekat. Tidak dapat aku gambarkan semasa memburu kerbau liar, perasaan seronok bercapur takut sampai kami terlupa ianya sangat merbahya dan kami pula tidak ada insuran.
Baru baru ni kawan ku menerima beberapa anugerah dari Finas dengan dokumentari “Kerbau Liar”, dengan kerja keras, menulis cerita dan kepakaran mengarah dengan bantuan kawan kawan pemburu kerbau, kru kru dan aku sendiri memang wajarlah dia menerima anugerah tersebut, alhamdulillah...tahniah!
Yang aku katakan unik ialah tiada cara merbahya yang sama menangkap kerbau liar dimana mana dalam dunia melainkan di Kampung Lukut dan kalau tiada En. Hisham atau Dodot tak mungkin dapat siapkan penggambaran dokumentari “Kerbau Liar”, pada aku dia sendiri adalah unik, mempunyai bakat mengenal tuan yang punya kerbau.
Gambar gambar kenangan semasa penggambaran untuk Finas.
Kawasan hutan tempat berkubang kerbau liar |
Jurukamera sedang merakam pemburu pemburu kerbau sedang berbincang |
Kerbau liar yang berjaya di tajor oleh Dodot |
Tuan punya kerbau mengecam tanda tanda yang terdapat pada kerbau |
No comments:
Post a Comment