Tuesday, February 5, 2013


BUJANG LAPOK LAWAN KOBOI KOBAU

Penggambaran pada bulan April 2012 untuk RTM.  Telemovie ini adalah kesinambungan dokomentari Kerba Liar untuk Finas yang di arah oleh kawan ku Rethaudeen Hj Hassan lebih dikenali nama skrinnya Deen Hassan. 

Selepas dokomentari itu(yang telah menang 2 anugerah dari Finas) kawan ku Deen lebih dikenali oleh orang kamung dengan panggilan ‘Abang’ dapat ilham menulis skrip untuk telemovie yang berkonsepkan drama komedi bertajuk “Bujang Lapok Lawan Koboi Kobau”
dan diberi kerpacayaan kepada aku mengarahkan drama komedi ini, terima kasih.

Semua penggambaran berlaku di Kampung Lukut dan Kampung Lintang di Kota Tinggi, Johor.  Yang istimewanya drama ini ialah hampir 90% dialognya dalam bahasa Negeri Sembilan, sebab di kedua dua Kampung Lukut dan Lintang kesemuanya penduduk bercakap dalam bahasa Negeri Sembilan.  Mengikut sejarah pada 120 tahun dulu beberapa keluarga dari Negeri Sembilan pindah ka Johor, dengan izin Sultan Johor mereka buka kampung dan hidup kehari ini. 

Watak watak utama dibawa oleh Ebby Yus, Shuib Sepahtu, Munir, Balqish, Mak Jah dan dibantu ramai penduduk penduduk kampung yang berbakat.  Dalam dokomentari Kerbau Liar dilakon secara sebenar oleh Dodot pemburu kerbau liar Kampung Lukut, dalam drama komedi ini Dodot terpaksa digantikan dengan Yazid pemuda kampung yang sangat berbakat, Dodot tidak dapat bersama kerana kerja kerja yang perlu dihabiskan sebelum Hari Raya.  Memandangkan bahyanya untuk penggambaran dengan kerbau liar sebenar, bahya kepada pelakon pelakon dan kru maka kami mengguna kerbau kerbau separuh liar di ladang kelapa sawit, itu pun kami berhati hati, alhamdulillah semua berjalan dengan lancar.  Pengalaman ku membuat penggambaran dokomentari  Kerbau Liar dengan kawan ku Deen, ianya sangat merbahya.

Deen banyak membantu dari segi logistik, lokasi dan pelakon orang orang kampung.  Selama 9 hari penggambaran berjalan dengan lancar, ucapan ribuan terima kasih kepada Ketua Kampung, JKKK Kg Lukut, Dodot yang membantu mengajar pelakon cara menajor kerbau dalam penggambaran dan penduduk penduduk Kampung Lukut dan Kampung Lintang  yang memberi kerjasama semasa kami membuat penggambaran.

 Gambar gambar semasa dilokasi:


Bujang Lapok selepas terjatuh dalam lumpur dikejar kerbau



Bujang Lapok tak sempat lari ditanduk kerbau

Watak Mastura dilakon oleh Balqish, satu renungan yang sangat menarik

Balqish memboncing siap sedia nak memburu kerbau liar dengan dipandu oleh gadis Kampung Lukut

Ayie Assistant Director sedang membetulkan dialog kepada Yazid yang membawa watak Dodot diperhatikan oleh Balqish

Final touchup oleh Make-Up artist kepada Munir sebelum mula penggambaran di perhatikan oleh pemburu kerbau sebenar Ayeen turut berlakon sama


Penduduk Kampung Lukut ikut sama berlakon termasuk Ketua Kampung
Semakan dialog oleh Assistant Director kepada Munir

Posing istimewa oleh Balqish selepas penggambaran, latar belakang Gunung Peranti suasana yang indah dan nyaman di Kampung Lukut, dikaki gunung inilah kerbau liar tinggal
Buat kenang kenangan, Shuib  terkejut apabila aku pakai T-shirt dengan perkataan “SEPAH SQUAD” kebetulan apabila aku beli baju baju untuk shooting dikedai  bundle
Bujang Lapok sedang berbincang samada nak halau kerbau liar pada hari siang, mengikut Pemburu Kerbau Liar Kg Lukut ianya sangat bahya di waktu siang
Boss geng along Rashid turut berlakon
Propmaster sedang menunjuk muka surat untuk dibuka oleh Shuib, lokasi di tepi sungai Kota Tinggi











Tuesday, January 29, 2013


FLASHBACK 3

RATU
Agak lama aku tak update ruang blog ku ini, kepada kawan kawan yang mengikut perkembangan blog ku harap maaf, seterusnya aku siarkan kisah kisah flashback ku yang ke3.

Pada kawan kawan yang berhajat mencebur dalam bidang produksi seperti aku mestilah ada minat yang mendalam.  Dengan adanya minat ini maka kreativiti agak mudah kita keluarkan dari dalam minda, pekerjaan dalam bidang produksi sangat penat, dan masa bekerja pula yang tak menentu.  Ada ketika, orang lain sedang dibuay mimpi semasa tidur waktu malam, tapi kru kru produksi dari pengarah sampailah ke pekerja am sedang bekerja menghasilkan karya yang kreatif mengikut babak babak dalam skrip. Pada pendapat aku, keativiti tidak dapat dipelajari dari mana mana, ianya  timbul (surface) dari minda kita berpunca dari minat yang sangat mendalam dan dibantu dengan pengalaman.

Tajuk aku kali ini “RATU”, (Miss All Nation-Ratu Dunia) lebih kurang 15 tahun dulu, penggambaran  ini mengingatkan aku kerja yang sangat penat dan letih,
ada ketikanya ia sangat menyeronokan.   Penggambaran selama 2 minggu adalah pembikinan promo untuk ditayang keseluruh dunia berlangsung dilokasi Kuala Lumpur, Shah Alam dan sekitar bandar Melaka dan pantai di Melaka.  Yang aku kata penat dan letih ialah  semasa penggambaran di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, persembahan oleh ratu ratu dunia di Dataran Merdeka bermula pada 9.00 malam selama 2 jam.  Kami kru kru dah mula kerja pada awal pagi lagi, loading peralatan seperti lampu lampu besar seperti lampu HMI, kabel kabel, track, scarfolding, kamera  dan banyak lagi. 

Pada pukul 4 petang kami tiba di Dataran Merdeka, semua peralatan di turunkan. Pada pukul 4.30 petang semua kru kru dari Malaysia dan dari Los Angeles, America mendengar taklimat akhir dari Pengarah dan Pengarah Fotografi (DOP) dari LA.  Pada pukul 6.00 petang jalanraya di sebelah dataran ditutup untuk memudahkan kru kru buat kerja untuk penggambaran persembahan ratu ratu dunia.

Bekerjasama dengan kru kru dari Los Angeles, America banyak memberi aku ilmu dan pengalaman yang tak ternilai harganya.  Di Melaka, lokasi kami di Pantai Kling, Sungai Melaka, Shah Motel dan Mini Malaysia.  Di sebalik penat dan letih penggambaran diwaktu siang, kali ini kami tidak ada penggambaran disebelah malam, yang dikatakan seronok pula ialah, kami kru kru tinggal dihotel 5 bintang, makan bersama sama dengan ratu ratu dunia, berdisko dengan mereka, penat dan letih kami kalini adalah melayan ratu ratu dunia berdisko, apa tidaknya kru kru lelaki kedua buah negara seramai 21 orang termasuk pegawai pegawai Miss All Nation, manakala ratu dunia seramai lebih 60 orang yang mewakili negara masing masing.   Hanya orang orang yang terlibat dengan Miss All Nation sahaja dibenarkan masuk dalam disko tersebut. Pertandingan resmi berlangsung di P.W.T.C Kuala Lumpur, siaran secara langsung oleh TV3.

Aku dengan pakai cap, disebelah kiri ku  pemenang ratu dunia dari Belgium, dari LA pengarah fotografi dan penolong pengarah dan sebelah kanan aku kru dari Malaysia, kami sedang makan malam dihotel 5 bintang di Melaka.
 Ratu dari 5 buah negara, dari kiri Miss America, Miss Singapore, Miss Finland dan Miss Philippine di atas bot di sungai Melaka.
Kenanagn indah apabila diapit 2 ratu dunia Miss Belgium (pemenang ratu cantik Miss All Nation) di sebelah kanan ku dan Miss Uruguay sebelah kiri
Sedang berbincang dengan pengarah dari LA untuk mencari sudut yang cantik untuk merakam penggambaran ratu ratu dunia


Miss Wales dan Miss Uruguay di Melaka
Kenangan manis dari kanan ku Miss Norway, Miss Sweden dan sebelah kiri ku Miss Belitz dan Miss America 
Semasa rehat aku sempat bersembang dengan Ratu America, banyak pertanyaan dari beliu berkenaan negara kita, ini peluang aku mempromosi negara Malaysia yang cantik dan aman
   


                                  

                                                                                          Posing istimewa dari ratu ratu dunia