FLASHBACK 3
RATU
Agak lama aku tak update ruang blog ku
ini, kepada kawan kawan yang mengikut perkembangan blog ku harap maaf,
seterusnya aku siarkan kisah kisah flashback ku yang ke3.
Pada kawan kawan yang berhajat mencebur
dalam bidang produksi seperti aku mestilah ada minat yang mendalam. Dengan adanya minat ini maka kreativiti agak mudah
kita keluarkan dari dalam minda, pekerjaan dalam bidang produksi sangat penat,
dan masa bekerja pula yang tak menentu.
Ada ketika, orang lain sedang dibuay mimpi semasa tidur waktu malam,
tapi kru kru produksi dari pengarah sampailah ke pekerja am sedang bekerja
menghasilkan karya yang kreatif mengikut babak babak dalam skrip. Pada pendapat
aku, keativiti tidak dapat dipelajari dari mana mana, ianya timbul (surface) dari minda kita berpunca dari
minat yang sangat mendalam dan dibantu dengan pengalaman.
Tajuk aku kali ini “RATU”, (Miss All
Nation-Ratu Dunia) lebih kurang 15 tahun dulu, penggambaran ini mengingatkan aku kerja yang sangat penat
dan letih,
ada ketikanya ia sangat menyeronokan. Penggambaran selama 2 minggu adalah
pembikinan promo untuk ditayang keseluruh dunia berlangsung dilokasi Kuala
Lumpur, Shah Alam dan sekitar bandar Melaka dan pantai di Melaka. Yang aku kata penat dan letih ialah semasa penggambaran di Dataran Merdeka, Kuala
Lumpur, persembahan oleh ratu ratu dunia di Dataran Merdeka bermula pada 9.00
malam selama 2 jam. Kami kru kru dah
mula kerja pada awal pagi lagi, loading peralatan seperti lampu lampu besar
seperti lampu HMI, kabel kabel, track, scarfolding, kamera dan banyak lagi.
Pada pukul 4 petang kami tiba di Dataran
Merdeka, semua peralatan di turunkan. Pada pukul 4.30 petang semua kru kru dari
Malaysia dan dari Los Angeles, America mendengar taklimat akhir dari Pengarah
dan Pengarah Fotografi (DOP) dari LA.
Pada pukul 6.00 petang jalanraya di sebelah dataran ditutup untuk
memudahkan kru kru buat kerja untuk penggambaran persembahan ratu ratu dunia.
Bekerjasama dengan kru kru dari Los
Angeles, America banyak memberi aku ilmu dan pengalaman yang tak ternilai
harganya. Di Melaka, lokasi kami di
Pantai Kling, Sungai Melaka, Shah Motel dan Mini Malaysia. Di sebalik penat dan letih penggambaran
diwaktu siang, kali ini kami tidak ada penggambaran disebelah malam, yang
dikatakan seronok pula ialah, kami kru kru tinggal dihotel 5 bintang, makan
bersama sama dengan ratu ratu dunia, berdisko dengan mereka, penat dan letih
kami kalini adalah melayan ratu ratu dunia berdisko, apa tidaknya kru kru lelaki
kedua buah negara seramai 21 orang termasuk pegawai pegawai Miss All Nation,
manakala ratu dunia seramai lebih 60 orang yang mewakili negara masing masing. Hanya orang orang yang terlibat dengan Miss
All Nation sahaja dibenarkan masuk dalam disko tersebut. Pertandingan resmi
berlangsung di P.W.T.C Kuala Lumpur, siaran secara langsung oleh TV3.
Ratu
dari 5 buah negara, dari kiri Miss America, Miss Singapore, Miss Finland dan
Miss Philippine di atas bot di sungai Melaka.
|
Kenanagn indah apabila diapit 2 ratu dunia Miss
Belgium (pemenang ratu cantik Miss All Nation) di sebelah kanan ku dan Miss
Uruguay sebelah kiri
|
Sedang berbincang dengan pengarah dari
LA untuk mencari sudut yang cantik untuk merakam penggambaran ratu ratu dunia
|
Miss Wales dan Miss Uruguay di Melaka
|
Kenangan manis dari kanan ku Miss
Norway, Miss Sweden dan sebelah kiri ku Miss Belitz dan Miss America
|
Semasa rehat aku sempat bersembang
dengan Ratu America, banyak pertanyaan dari beliu berkenaan negara kita, ini
peluang aku mempromosi negara Malaysia yang cantik dan aman
|
No comments:
Post a Comment