Monday, June 13, 2011

Serangan Jantung


Saya sungguh terkejut apabila mendapat tahu kawan kita, Ruslie Sophian kena serangan jantung. Kalau tengok pada badan dan gaya dia, siapa sangka dia ada komplikasi jantung.

Tapi pengalaman saya shooting documentary pertanian selama 2 minggu di Tapah bersamanya, dia memang kuat merokok. Kami tidur sebilik kat resthouse Tapah. Tengah baring nak tidur pun tiga empat batang rokok dia kenakan. Nak tegur pun serba salah...jadi saya dia ajelah.

Tapi sekarang ni dengarnya dia kurang merokok. Syukurlah. Minta-minta kesihatannya segera pulih dan dapat teruskan usahanya menyiapkan autobiografi dirinya. Dia dah pernah tunjuk pada saya drafnya...pengalamannya memang hebat. Katanya, itulah harta tinggalan dia nanti kepada generasi baru.

Sejak saya di kampung tanpa apa-apa job sekarang ini...dialah yang kerap telefon saya bertanya khabar. Bila dengar saya dalam keadaan tenat kewangan....dia segera masukkan ke akaun saya. Katanya itu hadiah dari dia...tak payah bayar balik. Jasa dan budi baiknya hanya Allah saja yang balas.

Sekarang ini dalam keadaan dirinya ada komplikasi jantung dan perlukan rawatan...tentunya dia perlukan banyak belanja. Sayang saya masih tak dapat membantu dia kerana dah lama tak ada job...saya sendiri terumbang-ambing.

Tapi dengar khabar beliau sedang berusaha menjual e-novel yang pernah digarap 20 tahun lalu. Dia sendiri pernah cerita pada saya jalan cerita novel itu. Memang menarik...cerita tentang skandal pelumba kereta. Saya doakan semoga usahanya berjaya dan harap kawan2 berilah sokongan pada beliau.