Wednesday, February 22, 2012

FLASHBACK - 2

DRAMA KOLEJ

Kenangan manis lebih kurang 10 tahun kalau tak silap aku, maaklumlah dah jadi warga emas ingatan pun mula pudar tapi masih mampu mengingat kenangan kenangan yang manis.  Penggambaran bersama dengan stesyen TV dari Indonesia SCTV dengan 2 pelakon dari Indonesia dan beberapa dari Malaysia.

Hampir 95% lokasi di Universiti Malaya, penggambaran selama 1 bulan setengah
 sangat menyeronokan apabila ada beberapa dialog Indonesia yang tak boleh diguna di Malaysia
maknanya yang agak mencarut. Pihak SCTV menghantar saorang penerbit, saorang perunding (penasihat) dan saorang jurukamera. 

Pelakon dari Indonesia ialah Anjasmara Paretya, Dina Lorenza dan pelakon otoi aku tak ingat namanya, dari Malaysia terdiri Ery Malik, Robert, Zaleha dan 3 ke 4 orang lagi aku tak ingat.

Di Indonesia drama ini di dubbing dalam bahasa Indonesia sepenuhnya.

Gambar gambar kenangan di lokasi:-








Friday, January 27, 2012

FLASHBACK – 1

DI TEMERLOH, PAHANG

Tahun 2001, aku imbas kembali pengalaman mengarah drama bersiri bertajuk “PUSPA INDAH TAMAN HATI BONDA”. Pada bulan Februari pengambaran dijalankan disebuah kampung 15km dari bandar Temerloh ke Pekan Triang selari Sungai Pahang.  







Orang orang kampung memberi kerjasama sepenuhnya termasuk juga pihak bomba dari Triang dan pihak polis dari IPD Temerloh.  Oleh kerana pada awal dalam kesemua 3 episod dari 15 episod ada babak babak hujan, kami memerlukan bantuan pihak bomba menjayakan hujan tiruan yang disedut dari Sungai Pahang.  Pada pihak polis pula aku memerlukan nasihat teknikal sebenar cara polis apabila berada dilokasi kes pembunuhan.  Selepas tu baru aku pulak memberi taklimat kepada anggota polis bagaimana pergerakan kamera kamera  aku dari sudut sudut yang dirancang supaya dapat memberi impak yang menarik kepada penunton.

Lakonan yang begitu penuh dengan penghayatan dapat membuat dua anggota polis wanita berlinangan air mata semasa penggambaran.  Apabila ditanya kenapa bersedih sangat, lantas anggota polis tersebut berkata ianya saolah olah benar benar berlaku.  Begitulah hebatnya pelakon Rosie Othman dan dibantu, Ijoi, Kapt. Mohd Nor Bon, pelakon remaja Nurshuhaiba dan Adam Hamid.

Drama, filem atau dokumentari semuanya bermula dari skrip, maka drama 15 episod ini di tulis oleh Saharudin Sulaiman atau dikenali dengan panggilan PakNdak. 








                                            Gambar gambar kenangan semasa penggambaran:-

hujan tiruan yang disedut dari Sg. Pahang oleh pihak Bomba
Ijoi mengenang nasibnya dalam satu babak
arahan terakhir kepada Rosie Othman dan Norshuhaiba sebelum mula lakonan
 

tangisan dua beranak sebelum polis membawa Rosie Othman ke balai
tunjuk ajar dari pihak pegawai polis cara cara yang betul - terima kasih tuan!
Adam Hamid selaku pembantu aku, dia juga membawa beberapa watak
kenang kenangan di pekan rabu sebelum penggambaran
penulis skrip Pak Ndak tak sangka ceritanya mengguna Crane dalam pembikinan
selain mengguna crane, kamera kedua juga diperlukan untuk mendapatkan shot shot yang menarik
kerjasama dari Adam Hamid sangat aku kagumi, dia juga membantu mengangkat counterweight crane
terima kasih ahli bomba dari Balai Bomba Triang yang memberi kerjasama dengan penuh dedikasi

satu posing dengan Rosie Othman oleh penulis skrip Pak Ndak di Pekan Rabu

,
satu taklimat kepada pegawai pegawai polis supaya berada di posisi yang di arah sebelum penggambaran, oleh kerana aku menggunakan 2 kamera, ianya sangat kritikal supaya tak membazir masa

Friday, December 16, 2011

DOKUMENTARI KERBAU LIAR


Satu pengelaman yang amat unik pernah aku alami apabila membantu kawan ku dalam pembikinan penggambaran dokumentari di Kota Tinggi, Johor.  Lokasinya di Kampung Lukut, sebuah kampung yang kesemua penduduknya bertutur dalam dialek Negeri  Sembilan.

120 tahun dahulu beberapa keluarga dari Negeri Sembilan telah berpindah ke Johor dan membuka sebuah kampung dan menamakanya Kampung Lukut.  Kebanyakan penduduk adalah penanam padi mengguna kerbau untuk membajak sawah meraka.

Kisah kerbau liar bermula 40 tahun dahulu apabila sawah padi mula tidak dikerjakan lagi diganti dengan ladang kelapa sawit dan getah.  Kerbau yang jinak boleh di beri makan dengan tangan dan anak anak pula boleh menunggangnya, ianya  bertukar menjadi liar  apabila ada orang yang mula menternak lembu, kerbau kerbau yang tak suka dengan kehadiran lembu mula lari kehutan hingga kehari ini, maka kerbau kerbau ini jadi sangat liar.

Uniknya dokumntari ini adalah cara cara menangkap kerbau liar ini, di negara negara barat mereka menembak kerbau liar dari jarak agak jauh, tetapi di Kampung Lukut penduduk mengguna cara tajo dan kandang.

Kawan ku ini yang juga anak jati Kampung Lukut berkerja keras bersama sama aku dan orang orang kampung buat penggambaran selama 2 minggu, kami berhadapan dengan risiko yang amat tinggi memburu kerbau kerbau liar, terutama watak utama En. Hisham lebih terkenal dengan panggilan Dodot dari kalangan pemburu pemburu kerbau liar, dan penunggang motor kapcai En. Iwan termasuk juga jurukamera yang beberapa kali jatuh dari motor.  Dodot memboncing dibelakang En. Iwan sambil menajor kerbau.  Kepakaran masing masing sangat penting dan sangat kritikal semasa menajor kerbau liar, Iwan dengan kepakaran “stunt” menunggang motor dapat mengejar kerbau, Dodot pula dengan kepakaraan menajor jarak dekat.  Tidak dapat aku gambarkan semasa memburu kerbau liar, perasaan seronok bercapur takut sampai  kami terlupa ianya sangat merbahya dan kami pula tidak ada insuran.

Baru baru ni kawan ku menerima beberapa anugerah dari Finas dengan dokumentari “Kerbau Liar”, dengan kerja keras, menulis cerita  dan kepakaran mengarah dengan bantuan kawan kawan pemburu kerbau, kru kru dan aku sendiri memang wajarlah dia menerima anugerah tersebut, alhamdulillah...tahniah!

Yang aku katakan unik ialah tiada  cara merbahya yang sama menangkap kerbau liar dimana mana dalam dunia melainkan di Kampung Lukut dan kalau tiada En. Hisham atau Dodot tak mungkin dapat siapkan penggambaran dokumentari “Kerbau Liar”, pada aku dia sendiri adalah unik, mempunyai bakat mengenal  tuan yang punya kerbau.

Gambar gambar kenangan semasa penggambaran untuk Finas.


Kawasan hutan tempat berkubang kerbau liar

Jurukamera sedang merakam pemburu pemburu kerbau sedang berbincang

Kerbau liar yang berjaya di tajor oleh Dodot

Tuan punya kerbau mengecam tanda tanda yang terdapat pada kerbau

Wednesday, October 12, 2011

Kenangan Shooting Dokumentari

Meskipun sudah 3 tahun berlalu, tetapi kenangan shooting dokumentari di Slim River-Tapah-Teluk Intan pada bulan bulan puasa memang tak dapat saya lupakan.

Dokumentari 13 episod berkaitan pertanian ini ialah untuk siaran RTM (telah disiarkan). Tetapi kami hanya buat 7 episod sahaja kerana 5 episod telah dilakukan pengambaran oleh team lain. Mungkin mutu yang telah dibuat itu kurang memuaskan pihak produser atau RTM, maka kami diberi kesempatan untuk siapkan baki 7 episod. 

Ketika ditawarkan projek ini kepada kami, umat Islam akan menyambut Aidil Fitri dalam 10 hari sahaja lagi. Atas pengaruh saudara Ruslie Sophian, penulis skrip dan bertindak selaku penolong pengarah dokumentari ini, kami terima tawaran meskipun dalam keadaan terdesak.

Tengah malam itu kami bergerak ke Slim River kerana besok pagi kami akan buat pengambaran di ladang kambing di pekan Behrang.

Selesai episod kambing di Slim River, kami naik ke Tapah pula shooting di ladang cempedak durian. Ladang seluas 30 hektar di Bidor itu dimiliki oleh seorang bangsa Tionghua. Tetapi kesemua hasil ladang itu dipajak oleh FAMA untuk export ke Singapura dan Hong Kong.

Dalam setiap episod dokumentari ini disajikan dengan masakan daripada hasil pertanian itu.



















Monday, August 8, 2011

VIDEO PRODUKSI

Apabila umur dah mencecah ke taraf warga emas, tawaran mengarah dari produser sangat kurang berbanding semasa awal tahun 90an. Aku berfikir sejenak adakah faktur umur ku, atau cara aku mengarah lambat sangat.  Dulu semasa zaman ku, sebuah drama telemovie diangarkan boleh siap selama 14 hari campur 2 hari (contingency). Ia sangat selesa dari segi kreativiti pengarahan dan teknikal.

Sekarang sebuah telemovie boleh siap dalam jangkamasa 6 campur 2 hari, aku sangat kagum dengan pembikin drama dapat siapkan sebegitu cepat, mungkin aku perlu menuntut ilmu dengan mereka.

Kawan kawan seperjuangan ku ada memberi nasihat supaya aku menumpu lebih kepada buat dokumentari daripada drama, betul juga kata kata kawan ku, aku pun dulu selepas berhenti dari bidang pengiklanan aku bekerja secara bebas atau freelance buat dokumentari dan video korporat.

Dengan berlatarkan pengalaman teknikal sebagai jurufoto pengiklanan dan sebagai jurukamera video semasa  rebolusi video pada tahun 1972 selama 15 tahun dan seterusnya pada awal 1990 aku diberi kepercayaan beberapa produser mengarah drama telemovie dan juga drama episod.

Pada awal bulan Jun 2011 kawan baik aku seorang pensyarah dari Universiti Utara Malaysia menjemput aku jadi penceramah dalam bengkel anjuran Uniutama Management Holdings Sdn. Bhd yang dipunyai sepenuhnya oleh University Utara Malaysia. Bengkel selama 4 hari pada 13hb Jun hingga 16hb Jun, bertajuk Video Produksi (Pre Produksi, Produksi dan Pos Produksi).

Selepas bengkel tersebut aku terfikir kenapa tidak aku gunakan pengalaman yang aku ada selama lebih 35 tahun mengajar kepada orang orang yang memerlukan ilmu fotografi, videografi dan pengarahan.

Gambar gambar kenangan dibengkel "Video Produksi" selama empat hari. Peserta diberi taklimat secara teori dan praktikal dalam pre-produksi, produksi dan pos-produksi.