Tuesday, February 5, 2013


BUJANG LAPOK LAWAN KOBOI KOBAU

Penggambaran pada bulan April 2012 untuk RTM.  Telemovie ini adalah kesinambungan dokomentari Kerba Liar untuk Finas yang di arah oleh kawan ku Rethaudeen Hj Hassan lebih dikenali nama skrinnya Deen Hassan. 

Selepas dokomentari itu(yang telah menang 2 anugerah dari Finas) kawan ku Deen lebih dikenali oleh orang kamung dengan panggilan ‘Abang’ dapat ilham menulis skrip untuk telemovie yang berkonsepkan drama komedi bertajuk “Bujang Lapok Lawan Koboi Kobau”
dan diberi kerpacayaan kepada aku mengarahkan drama komedi ini, terima kasih.

Semua penggambaran berlaku di Kampung Lukut dan Kampung Lintang di Kota Tinggi, Johor.  Yang istimewanya drama ini ialah hampir 90% dialognya dalam bahasa Negeri Sembilan, sebab di kedua dua Kampung Lukut dan Lintang kesemuanya penduduk bercakap dalam bahasa Negeri Sembilan.  Mengikut sejarah pada 120 tahun dulu beberapa keluarga dari Negeri Sembilan pindah ka Johor, dengan izin Sultan Johor mereka buka kampung dan hidup kehari ini. 

Watak watak utama dibawa oleh Ebby Yus, Shuib Sepahtu, Munir, Balqish, Mak Jah dan dibantu ramai penduduk penduduk kampung yang berbakat.  Dalam dokomentari Kerbau Liar dilakon secara sebenar oleh Dodot pemburu kerbau liar Kampung Lukut, dalam drama komedi ini Dodot terpaksa digantikan dengan Yazid pemuda kampung yang sangat berbakat, Dodot tidak dapat bersama kerana kerja kerja yang perlu dihabiskan sebelum Hari Raya.  Memandangkan bahyanya untuk penggambaran dengan kerbau liar sebenar, bahya kepada pelakon pelakon dan kru maka kami mengguna kerbau kerbau separuh liar di ladang kelapa sawit, itu pun kami berhati hati, alhamdulillah semua berjalan dengan lancar.  Pengalaman ku membuat penggambaran dokomentari  Kerbau Liar dengan kawan ku Deen, ianya sangat merbahya.

Deen banyak membantu dari segi logistik, lokasi dan pelakon orang orang kampung.  Selama 9 hari penggambaran berjalan dengan lancar, ucapan ribuan terima kasih kepada Ketua Kampung, JKKK Kg Lukut, Dodot yang membantu mengajar pelakon cara menajor kerbau dalam penggambaran dan penduduk penduduk Kampung Lukut dan Kampung Lintang  yang memberi kerjasama semasa kami membuat penggambaran.

 Gambar gambar semasa dilokasi:


Bujang Lapok selepas terjatuh dalam lumpur dikejar kerbau



Bujang Lapok tak sempat lari ditanduk kerbau

Watak Mastura dilakon oleh Balqish, satu renungan yang sangat menarik

Balqish memboncing siap sedia nak memburu kerbau liar dengan dipandu oleh gadis Kampung Lukut

Ayie Assistant Director sedang membetulkan dialog kepada Yazid yang membawa watak Dodot diperhatikan oleh Balqish

Final touchup oleh Make-Up artist kepada Munir sebelum mula penggambaran di perhatikan oleh pemburu kerbau sebenar Ayeen turut berlakon sama


Penduduk Kampung Lukut ikut sama berlakon termasuk Ketua Kampung
Semakan dialog oleh Assistant Director kepada Munir

Posing istimewa oleh Balqish selepas penggambaran, latar belakang Gunung Peranti suasana yang indah dan nyaman di Kampung Lukut, dikaki gunung inilah kerbau liar tinggal
Buat kenang kenangan, Shuib  terkejut apabila aku pakai T-shirt dengan perkataan “SEPAH SQUAD” kebetulan apabila aku beli baju baju untuk shooting dikedai  bundle
Bujang Lapok sedang berbincang samada nak halau kerbau liar pada hari siang, mengikut Pemburu Kerbau Liar Kg Lukut ianya sangat bahya di waktu siang
Boss geng along Rashid turut berlakon
Propmaster sedang menunjuk muka surat untuk dibuka oleh Shuib, lokasi di tepi sungai Kota Tinggi











No comments: