Friday, December 16, 2011

DOKUMENTARI KERBAU LIAR


Satu pengelaman yang amat unik pernah aku alami apabila membantu kawan ku dalam pembikinan penggambaran dokumentari di Kota Tinggi, Johor.  Lokasinya di Kampung Lukut, sebuah kampung yang kesemua penduduknya bertutur dalam dialek Negeri  Sembilan.

120 tahun dahulu beberapa keluarga dari Negeri Sembilan telah berpindah ke Johor dan membuka sebuah kampung dan menamakanya Kampung Lukut.  Kebanyakan penduduk adalah penanam padi mengguna kerbau untuk membajak sawah meraka.

Kisah kerbau liar bermula 40 tahun dahulu apabila sawah padi mula tidak dikerjakan lagi diganti dengan ladang kelapa sawit dan getah.  Kerbau yang jinak boleh di beri makan dengan tangan dan anak anak pula boleh menunggangnya, ianya  bertukar menjadi liar  apabila ada orang yang mula menternak lembu, kerbau kerbau yang tak suka dengan kehadiran lembu mula lari kehutan hingga kehari ini, maka kerbau kerbau ini jadi sangat liar.

Uniknya dokumntari ini adalah cara cara menangkap kerbau liar ini, di negara negara barat mereka menembak kerbau liar dari jarak agak jauh, tetapi di Kampung Lukut penduduk mengguna cara tajo dan kandang.

Kawan ku ini yang juga anak jati Kampung Lukut berkerja keras bersama sama aku dan orang orang kampung buat penggambaran selama 2 minggu, kami berhadapan dengan risiko yang amat tinggi memburu kerbau kerbau liar, terutama watak utama En. Hisham lebih terkenal dengan panggilan Dodot dari kalangan pemburu pemburu kerbau liar, dan penunggang motor kapcai En. Iwan termasuk juga jurukamera yang beberapa kali jatuh dari motor.  Dodot memboncing dibelakang En. Iwan sambil menajor kerbau.  Kepakaran masing masing sangat penting dan sangat kritikal semasa menajor kerbau liar, Iwan dengan kepakaran “stunt” menunggang motor dapat mengejar kerbau, Dodot pula dengan kepakaraan menajor jarak dekat.  Tidak dapat aku gambarkan semasa memburu kerbau liar, perasaan seronok bercapur takut sampai  kami terlupa ianya sangat merbahya dan kami pula tidak ada insuran.

Baru baru ni kawan ku menerima beberapa anugerah dari Finas dengan dokumentari “Kerbau Liar”, dengan kerja keras, menulis cerita  dan kepakaran mengarah dengan bantuan kawan kawan pemburu kerbau, kru kru dan aku sendiri memang wajarlah dia menerima anugerah tersebut, alhamdulillah...tahniah!

Yang aku katakan unik ialah tiada  cara merbahya yang sama menangkap kerbau liar dimana mana dalam dunia melainkan di Kampung Lukut dan kalau tiada En. Hisham atau Dodot tak mungkin dapat siapkan penggambaran dokumentari “Kerbau Liar”, pada aku dia sendiri adalah unik, mempunyai bakat mengenal  tuan yang punya kerbau.

Gambar gambar kenangan semasa penggambaran untuk Finas.


Kawasan hutan tempat berkubang kerbau liar

Jurukamera sedang merakam pemburu pemburu kerbau sedang berbincang

Kerbau liar yang berjaya di tajor oleh Dodot

Tuan punya kerbau mengecam tanda tanda yang terdapat pada kerbau

Wednesday, October 12, 2011

Kenangan Shooting Dokumentari

Meskipun sudah 3 tahun berlalu, tetapi kenangan shooting dokumentari di Slim River-Tapah-Teluk Intan pada bulan bulan puasa memang tak dapat saya lupakan.

Dokumentari 13 episod berkaitan pertanian ini ialah untuk siaran RTM (telah disiarkan). Tetapi kami hanya buat 7 episod sahaja kerana 5 episod telah dilakukan pengambaran oleh team lain. Mungkin mutu yang telah dibuat itu kurang memuaskan pihak produser atau RTM, maka kami diberi kesempatan untuk siapkan baki 7 episod. 

Ketika ditawarkan projek ini kepada kami, umat Islam akan menyambut Aidil Fitri dalam 10 hari sahaja lagi. Atas pengaruh saudara Ruslie Sophian, penulis skrip dan bertindak selaku penolong pengarah dokumentari ini, kami terima tawaran meskipun dalam keadaan terdesak.

Tengah malam itu kami bergerak ke Slim River kerana besok pagi kami akan buat pengambaran di ladang kambing di pekan Behrang.

Selesai episod kambing di Slim River, kami naik ke Tapah pula shooting di ladang cempedak durian. Ladang seluas 30 hektar di Bidor itu dimiliki oleh seorang bangsa Tionghua. Tetapi kesemua hasil ladang itu dipajak oleh FAMA untuk export ke Singapura dan Hong Kong.

Dalam setiap episod dokumentari ini disajikan dengan masakan daripada hasil pertanian itu.



















Monday, August 8, 2011

VIDEO PRODUKSI

Apabila umur dah mencecah ke taraf warga emas, tawaran mengarah dari produser sangat kurang berbanding semasa awal tahun 90an. Aku berfikir sejenak adakah faktur umur ku, atau cara aku mengarah lambat sangat.  Dulu semasa zaman ku, sebuah drama telemovie diangarkan boleh siap selama 14 hari campur 2 hari (contingency). Ia sangat selesa dari segi kreativiti pengarahan dan teknikal.

Sekarang sebuah telemovie boleh siap dalam jangkamasa 6 campur 2 hari, aku sangat kagum dengan pembikin drama dapat siapkan sebegitu cepat, mungkin aku perlu menuntut ilmu dengan mereka.

Kawan kawan seperjuangan ku ada memberi nasihat supaya aku menumpu lebih kepada buat dokumentari daripada drama, betul juga kata kata kawan ku, aku pun dulu selepas berhenti dari bidang pengiklanan aku bekerja secara bebas atau freelance buat dokumentari dan video korporat.

Dengan berlatarkan pengalaman teknikal sebagai jurufoto pengiklanan dan sebagai jurukamera video semasa  rebolusi video pada tahun 1972 selama 15 tahun dan seterusnya pada awal 1990 aku diberi kepercayaan beberapa produser mengarah drama telemovie dan juga drama episod.

Pada awal bulan Jun 2011 kawan baik aku seorang pensyarah dari Universiti Utara Malaysia menjemput aku jadi penceramah dalam bengkel anjuran Uniutama Management Holdings Sdn. Bhd yang dipunyai sepenuhnya oleh University Utara Malaysia. Bengkel selama 4 hari pada 13hb Jun hingga 16hb Jun, bertajuk Video Produksi (Pre Produksi, Produksi dan Pos Produksi).

Selepas bengkel tersebut aku terfikir kenapa tidak aku gunakan pengalaman yang aku ada selama lebih 35 tahun mengajar kepada orang orang yang memerlukan ilmu fotografi, videografi dan pengarahan.

Gambar gambar kenangan dibengkel "Video Produksi" selama empat hari. Peserta diberi taklimat secara teori dan praktikal dalam pre-produksi, produksi dan pos-produksi.






Monday, June 13, 2011

Serangan Jantung


Saya sungguh terkejut apabila mendapat tahu kawan kita, Ruslie Sophian kena serangan jantung. Kalau tengok pada badan dan gaya dia, siapa sangka dia ada komplikasi jantung.

Tapi pengalaman saya shooting documentary pertanian selama 2 minggu di Tapah bersamanya, dia memang kuat merokok. Kami tidur sebilik kat resthouse Tapah. Tengah baring nak tidur pun tiga empat batang rokok dia kenakan. Nak tegur pun serba salah...jadi saya dia ajelah.

Tapi sekarang ni dengarnya dia kurang merokok. Syukurlah. Minta-minta kesihatannya segera pulih dan dapat teruskan usahanya menyiapkan autobiografi dirinya. Dia dah pernah tunjuk pada saya drafnya...pengalamannya memang hebat. Katanya, itulah harta tinggalan dia nanti kepada generasi baru.

Sejak saya di kampung tanpa apa-apa job sekarang ini...dialah yang kerap telefon saya bertanya khabar. Bila dengar saya dalam keadaan tenat kewangan....dia segera masukkan ke akaun saya. Katanya itu hadiah dari dia...tak payah bayar balik. Jasa dan budi baiknya hanya Allah saja yang balas.

Sekarang ini dalam keadaan dirinya ada komplikasi jantung dan perlukan rawatan...tentunya dia perlukan banyak belanja. Sayang saya masih tak dapat membantu dia kerana dah lama tak ada job...saya sendiri terumbang-ambing.

Tapi dengar khabar beliau sedang berusaha menjual e-novel yang pernah digarap 20 tahun lalu. Dia sendiri pernah cerita pada saya jalan cerita novel itu. Memang menarik...cerita tentang skandal pelumba kereta. Saya doakan semoga usahanya berjaya dan harap kawan2 berilah sokongan pada beliau.

Thursday, May 26, 2011

Kerja Kampung

Sejak kebelakangan ini aku hanya buat kerja-kerja kampung aje...! Bila usia dah meningkat, tak ada lagi produser panggil untuk mengarah drama. Mereka nampaknya lebih suka panggil pengarah-pengarah muda.
Pengarah tua dah dianggap bagai Quran buruk.

Apa nak buat! Aku terima aje ketentuan-Nya! Pengalaman yang ada akan terpendam begitu aje...! Setidaknya kalaulah boleh disalurkan kepada anak-anak muda...ada juga munafaatnya.

Demi menyambung sisa-sisa hidup aku hanya buat kerja kampung. Walaupun dengan upah yang tak seberapa, aku terima dan redha.

Kepada kawan-kawan yang datang ke Melaka, kalau tak keberatan....silalah singgap di teratak aku. Boleh juga kita bertukar cerita....