Wednesday, June 20, 2007
PERINGKAT 3
Aminah gadis yang periang yang juga bijak membawa watak. Dia tidak kekok berdailog dengan kawan kawan yang lain. Dilokasi Aminah tidak banyak memberi masaalah dengan director, sangat senang memberi apa apa arahan, walaubagaimanapun kanak kanak tetap kanak kanak suka diselang seli dengan guruan dan bermain.

Aminah sedang berdailog dengan kawan kawan yang lain dilokasi. Seperti yang lain Aminah cukup senang menghayati skrip sambil sarapan pagi.
Monday, June 11, 2007
KIDZ N KIDZ SEASON 2
SALAM PEKENALAN 2
Jane dengan watak cerdik dan nakal. Berdailog dengan penuh semangat dan gerak geri pada badannya (body language). Seperti Tasha, Jane sangat senang menghayati skrip, walaupun diberi saat saat akhir.
Dengan wataknya tersendiri dalam episode 1
Sedang geram memandang Gao Jaye
Sunday, June 10, 2007
KIDZ N KIDZ SEASON 2
SALAM PEKENALAN I
Akhirnya Program berbahasa inggeris Kidz n Kidz season 2 ditayang di RTM 2 pada 6hb Jun 2007 pukul 4.30 petang. Progam ini mengambil masa yang sangat lama pembikinannya, bermula pada awal bulan Januari berakhir pada 8hb Jun 2007 dengan episode 13 yang akhir. Program ini mempaparkan lima segmen yang sangat menarik untuk ditonton oleh semua kaum terutama gulongan kanak kanak.
Gambar gambar dibelakang tabir
Kita jumpa lagi diperingkat 2
Wednesday, May 16, 2007
KIDZ & KIDZ 2
Akhirnya habis juga program kidz & kidz pada 12.5.07 yang mengambil masa yang agak panjang penggambarannya. Sekarang hanya tinggal suntingan beberapa episod dan segmen. Ianya bermula pada bulan januari, agak panjang masa yang diambil untuk 13 episod. Memerlukan kesabaran untuk mengatasi masaalah yang berbagai bagai dari pihak pengurusan hinggalah ke pengacara 4 kanak kanak. Tidak dapat elak kerenah yang ada semasa penggambaran, kanak kanak tetap dengan dunianya yang sentiasa ingin bermain walau dalam kerja. Walaubagaimanapun saya puji pengacara kanak kanak ini yang pintar dan bijak membawa watak masing masing sebagai HOS program dalam bahasa inggeris. Tasha sedang belajar di tingkatan 2 membawa watak gadis yang pintar, Aminah pula di tingkatan 1 mempunyai watak bertanggungjawab, Jane juga di tingkatan 1 cerdik dan nakal, Gao Jye di tingkatan 1 juga mempunyai watak yang agak blur akan tetapi mereka semua membawa watak watak yang sangat menarik. Sebagai pengarah bebas, 5 bulan penggambaran adalah sangat lama, apatah lagi terpaksa tolak 2 program tv 13 episod.
Program ini akan ditayangkan tidak lama lagi di RTM2 dalam bahasa Inggeris. Penonton terutama anak muda patut tonton program ini yang penuh dengan informasi dalam 5 segmen, Sejarah, Heritage, D.I.Y, Special Kids, dan Muzik.
Thursday, May 10, 2007
PENGALAMAN YANG TERKINI
Bagi ku tidak terlambat untok mempelajari apa jua walaupun umur kita sudah lanjut. "AKU MAKAN GARAM DULU DARI KAU" tak salah jika terpaksa belajar dari orang yang muda dari kita, jadi bagi saya kata kata ini tak boleh dipakai lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)