Wednesday, May 16, 2007

KIDZ & KIDZ 2

Akhirnya habis juga program kidz & kidz pada 12.5.07 yang mengambil masa yang agak panjang penggambarannya. Sekarang hanya tinggal suntingan beberapa episod dan segmen. Ianya bermula pada bulan januari, agak panjang masa yang diambil untuk 13 episod. Memerlukan kesabaran untuk mengatasi masaalah yang berbagai bagai dari pihak pengurusan hinggalah ke pengacara 4 kanak kanak. Tidak dapat elak kerenah yang ada semasa penggambaran, kanak kanak tetap dengan dunianya yang sentiasa ingin bermain walau dalam kerja. Walaubagaimanapun saya puji pengacara kanak kanak ini yang pintar dan bijak membawa watak masing masing sebagai HOS program dalam bahasa inggeris. Tasha sedang belajar di tingkatan 2 membawa watak gadis yang pintar, Aminah pula di tingkatan 1 mempunyai watak bertanggungjawab, Jane juga di tingkatan 1 cerdik dan nakal, Gao Jye di tingkatan 1 juga mempunyai watak yang agak blur akan tetapi mereka semua membawa watak watak yang sangat menarik. Sebagai pengarah bebas, 5 bulan penggambaran adalah sangat lama, apatah lagi terpaksa tolak 2 program tv 13 episod.

Program ini akan ditayangkan tidak lama lagi di RTM2 dalam bahasa Inggeris. Penonton terutama anak muda patut tonton program ini yang penuh dengan informasi dalam 5 segmen, Sejarah, Heritage, D.I.Y, Special Kids, dan Muzik.

No comments: